Monday 16 January 2017

Kelebihan Mengerjakan Umrah

Kelebihan Mengerjakan Umrah
Ø  MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

Ø  PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :

"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

Ø  PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

Ø  TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

Ø  PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

Ø  MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)


Friday 30 December 2016

Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat

1. BERLAKUNYA HARI KIAMAT  📅 😇
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
2. NABI ADAM DICIPTAKAN DAN DIA JUGA DISINGKIRKAN DARI SYURGA 🌲😳
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
3. PENGHULU SEGALA HARI 💎🙌
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).
4. SELAMAT DARI FITNAH KUBUR BAGI YANG MATI PADA HARI JUMAAT ⛼😰
Menurut Nabi SAW, Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. KEBAIKAN DENGAN MEMOTONG KUKU 👐✂
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.Ibnu Masud berkata,Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.
6. MAKBULNYA DOA DI ANTARA DUA KHUTBAH 😆🏠
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan? Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. 

Monday 1 August 2016

UPAH HAJI & UMRAH 2016 / 1437H

ASSALAMMUALAIKUM..

ANNUR TRAVEL menyediakan perkhidmatan UPAH HAJI & UMRAH
hanya RM 1950 sahaja!!
Cenderahati juga diberikan kepada setiap pendaftar.

Antara Perkhidmatan lain yang disediakan ialah:
*Upah Umrah
*Aqiqah / Qurban / Dam
*Khatam 30 Juzu' Al- Quran
*Wakaf Al- Quran

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami.

Daftar Segera!!


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN:
30 OGOS 2016

Monday 25 April 2016

UMRAH RAMADHAN 14H/12M

ASSALAMMUALAIKUM


UMRAH RAMADHAN 2016
dengan hanya RM 7445

Marilah bersama kami, menjalani ibadah umrah dan merasai berpuasa di Tanah Suci Mekah.

 Hubungi kami segera untuk menempah tempat dan mendapatkan harga yang berpatutan dengan servis yang terbaik

“Kalau bulan Ramadhan telah tiba, 

maka tunaikanlah Umrah, 

kerana Umrah dalam Bulan Ramadhan 

menyamai ibadah Haji”
 

HR Bukhari & Muslim




HARI 01          - KUALA LUMPUR/JEDDAH/MADINAH
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Jeddah. Jemaah akan disambut oleh wakil kami dan meneruskan perjalanan ke Madinah

HARI 02          - MADINAH
Aktiviti bebas dan jemaah dapat beribadat di Masjidil Nabawi

HARI 03          - MADINAH
Menziarahi Masjid Nabawi, Makam Rasullullah SAW dan perkuburan Baqi'

HARI 04          - MADINAH
Ke Kota Madinah, menziarahi Masjid Quba, Bukit Uhud, MAsjid Qiblatain, Ladang Tamar

HARI 05          - MADINAH / MAKKAH
Hari terakhir di Madinah. Bertolak ke Makkah dan di bawa ke Masjidil Haram

HARI 06          - MAKKAH
Aktiviti bebas dan jemaah dapat beribadat di Masjidil Haram

HARI 07          - MAKKAH
Menziarahi Jabal Thur, Tempat mengerjakan ibadah Haji seperti di Arafah, Mina, Jabal Nur dan Ja'aranah

HARI 08 & 09 - MAKKAH
Di jangka hari pertama berpuasa. Aktiviti Bebas

HARI 10          - MAKKAH
Melawat Ladang Unta, Hudaibiyah dan Muzium Makkah

HARI 11 &12  - MAKKAH
Aktiviti bebas

HARI 13 & 14 - MAKKAH/JEDDAH/KUALA LUMPUR
Hari Terakhir di Makkah, mengerjakan Tawaf Wida' sebelum meninggalkan Makkah


Monday 28 March 2016

Kelebihan Bulan Syaaban


Bulan Sya’ban adalah bulan di mana amalan hamba diangkat kepada Allah SWT, bulan di mana Allah merahmati orang yang memohon kerahmatan dan mengampuni dosa orang yang memohon keampunan. Inilah bulan di mana Allah membebaskan sejumlah hamba daripada api neraka dalam jumlah yang tidak terhitung (yang hanya diketahui oleh Allah).

Usamah bin Zaid melaporkan bahawa Nabi SAW telah ditanya oleh seorang sahabat: “Ya Rasulullah! Aku tidak melihat engkau banyak berpuasa pada bulan-bulan lain kecuali bulan Sya’ban. Lalu Nabi SAW menjawab: “Inilah bulan ramai orang yang melupainya yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Iaitu bulan yang diangkat amalan manusia kepada Allah. Oleh itu aku amat suka jika amalku diangkat kepada Allah ketika aku sedang berpuasa"(Nasa’i)

Dari Aisyah r.a berkata: 
“Tiadalah bulan yang banyak Rasulullah berpuasa melainkan bulan Sya’ban”.
 (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

Daripada Aisyah r.a berkata:

Rasul SAW telah bangun pada satu malam. Lalu baginda menunaikan solat dan sujud. Nabi telah sujud dengan begitu lama sehingga aku menyangka bahawa baginda telah mati. Bila aku lihat demikian aku segera bangun dan mengerakkan jari-jemarinya. Lalu jarinya bergerak-gerak (tanda masih bernyawa). Aku kembali ke tempat tidur dan aku terdengar baginda berkata-kata dalam sujudnya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kemurkaanMu dengan mendapat keredaanMu, aku berlindung dari balasan siksaanMu dengan memperolehi keselamatanMu, aku berlindung denganMu yang memiliki semulia-mulia pujian yang tidak mampu dihitung untukMu sebagaimana aku panjatkan setinggi-tinggi pujian ke atasMu”. Selepas baginda memberi salam, baginda berkata kepadaku: Wahai Aisyah, adakah kamu menyangka bahawa Rasul SAW telah musnah (mati)?”. Aku katakan: “Tidak, demi Allah ya Rasulullah. Tetapi aku menyangka kamu telah mati (lantaran terlalu lama sujud dan tidak bergerak). Lalu Nabi bersabda: “Adakah kamu tahu apakah malam ini?”. Aku menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui”. Rasul bersabda: “Inilah malam Nisfu Sya’ban, yang Allah kurniakan kepada hambaNya, 

Allah berfirman: “Ketahuilah, orang yang memohon keampunan pastilah Aku ampuni dosanya, orang yang meminta sesuatu pastilah Aku berikannya, orang yang berdoa pastilah Aku perkenannya dan para pendengki dilambatkan kejahatanyan seperti yang diinginkan”. (Baihaqi dengan sanad yang baik)

Selain bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, bulan Sya’ban juga terkandung keberkatan seperti yang telah disebutkan oleh Nabi SAW bahawa bulan ini ramai orang yang melupakan tentang kelebihannya. Justeru dengan rahmat Allah telah menjadikan bulan Sya’ban turut mempunyai kelebihan dan fadilat yang tertentu. Oleh itu bagi hamba yang beriman sewajarnya berlumba-lumba mendapatkan keampunan dan pemeliharaan Allah di bulan ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ramai orang yang lupa dan leka tentangnya. Golongan manusia seperti ini diseru supaya kembali menyedari tentang kelebihan bulan Sya’ban dan memperbaharui cita-cita serta kembali ke pangkuan Allah supaya memperolehi rahmat dan keampuannya. Moga dengan rahmat Allah itu segala dosa diampunkan dan kelak dibebaskan daripada siksaan api neraka.


PAKEJ UMRAH BULAN SYAABAN 2016



ASSALAMUALAIKUM


Mari menjalankan Ibadah Umrah pada bulan Syaaban bersama kami
Annur Travel & Tours!!!

Bulan Syaaban iaitu Bulan Lailatul Mubarakah atau bulan penuh rahmat dan keberkatan

JOM BERSAMA KAMI, KITA RAIKAN DI TANAH SUCI MEKAH & MADINAH

Harga dari RM 6730

Jangan lepaskan peluang anda untuk menunaikan ibadah Umrah bersama kami

Hubungi kami sekarang untuk mendaftar



Wednesday 16 March 2016

PROMO MATTA FAIR 2016




PROMOSI MATTA FAIR 2016!!


JOM MELANCONG BERSAMA ANNUR TRAVEL & TOURS!!!

Pelbagai pakej menarik yang kami tawarkan dengan
POTONGAN HARGA SEHINGGA RM 300



BERMINAT??
Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti
TEMPAH PAKEJ SEGERA SEHINGGA 30 MAC 2016